Kerjaya kelab Gordon Schildenfeld

Šibenik

Schildenfeld mula bermain bola sepak ketika bersama kelab kampung halamannya, HNK Šibenik. Pengurus kelab, Stanko Mršić kemudian memberikan beliau memasuki pasukan senior pada usia 16 tahun dan membuat debut untuk kelabnya menentang NK Kamen Ingrad. Dalam musim 2005–06, Schildenfeld membantu Šibenik naik ke divisyen teratas liga.

Dinamo Zagreb

Kelab teratas Croatia, Hajduk Split dan Dinamo Zagreb tertarik dengan aksi Schildenfeld dan rakan sepasukannya di Šibenik, Ante Rukavina. Ia dilihat Schildenfeld dan Rukavina akan berpindah ke Hajduk bersama-sama tetapi kemudian Dinamo mula berebut. Akhirnya pada 2 Januari 2007, Schildenfeld berpindah ke Dinamo manakala rakannya, Rukavina sertai pesaing terdekat Dinamo, Hajduk.

Dalam musim 2007–08, Schildenfeld bermain sebanyak lima perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara dan empat perlawanan Piala UEFA sebelum kelabnya tersingkir di peringkat kumpulan. Schildenfeld mengalami nasib malang apabila tewas 2-1 kepada kelab Norway, SK Brann dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala UEFA dan beliau punca pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti kerana beliau melakukan kekasaran lalu dibuang padang pada separuh masa pertama. Beliau terlepas dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Hamburger SV dan Stade Rennais kerana dilayangkan kad merah pada perlawanan lalu.

Beşiktaş

Schildenfeld dibeli oleh kelab Turki, Beşiktaş pada 1 Februari 2008. Beşiktaş kemudian bersedia untuk menandatangani rakan Schildenfeld, Dino Drpić tetapi rundingan itu tidak berhasil kerana perilaku Drpić selepas perlawanan liga Croatia antara Dinamo Zagreb dan Hajduk Split.

Schildenfeld membuat debut di Süper Lig pada 9 Februari 2008, beliau memasuki padang pada separuh masa kedua ketika Besiktas tewas 2-0 di tangan Kayserispor. Beliau membuat penampilan penuh sminggu kemudian ketika Besiktas membenam Ankaraspor 3–2.

Duisburg

Pada September 2008, Schildenfeld sertai MSV Duisburg yang beraksi di 2nd Bundesliga secara pinjaman sehingga penghujung musim. Beliua membuat debut untuk Duisburg pada 16 November 2008 ketika tewas 4-3 kepada Greuther Fürth. Beliau hanya membuat empat penampilan untuk kelab dan kesemua perlawanan itu beliau bermain sebagai pemain gantian.

Sturm Graz

Pada Julai 2009, Schildenfeld sertai kelab SK Sturm Graz yang beraksi di Bundesliga Austria secara pinjaman dari Beşiktaş. Beliau membuat debut untuk kelab itu pada 26 Julai 2009, menang 3-0 ke atas SC Magna Wiener Neustadt. Beliau kemudian membuat 34 penampilan perlawanan liga. Beliau hanya menjaringkan satu gol pada musim itu pada 27 Mac 2010 ketika menjaringkan gol pembukaan, Graz menang 3–0 ke atas Kapfenberger SV.

Ketika musim pertamanya di Sturm Graz, beliau membuat sepuluh penampilan kelab di Liga Europa dan juga membuat enam penampilan di Piala Austria. Pada 16 Mei 2010, beliau bermain 90 minit penuh ketika perlawanan akhir Piala Austria, Graz menang 1–0 ke atas SC Magna Wiener Neustadt. Pada 8 Jun 2010, beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama Sturm Graz.

Eintracht Frankfurt

Pada 7 Julai 2011, beliau berpindah ke kelab Bundesilga 2, Eintracht Frankfurt. Beliau bermain sebanyak 33 perlawanan untuk Frankfurt dan membantu kelab itu melonjak ke liga teratas Jerman. Beliau hanya menjaringkan satu gol ketika kempen liga 2011/2012.

Dynamo Moscow

Pada 11 Julai 2012, beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Liga Perdana Rusia, Dynamo Moscow dengan bayaran tertutup.

Schildenfeld kemudian dipinjam ke kelab Greece, PAOK F.C. pada 2013.

Pada 2 Ogos 2013, Schildenfeld sekali lagi dipinjam ke kelab Greece, kali ini beliau ke Panathinaikos.